PASUKAN FIRA POLYCC RASMI BERLEPAS KE ONTARIO, KANADA
- Details
- Hits: 18

𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐑𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄 𝐎𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐎, 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀
Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Puan Haslinda Abd Hamid turut menghadiri Majlis Flag Off Pasukan FIRA PolyCC yang berlangsung di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada kontinjen Politeknik dan Kolej Komuniti yang bakal menggalas cabaran negara ke 31st FIRA RoboWorld Cup & Summit, Canada 2026 di Ontario, Kanada.
Majlis pelepasan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato' Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim sebagai simbolik pelepasan rasmi kontinjen sebelum berlepas ke kejohanan bertaraf antarabangsa itu. Kehadiran barisan pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan bakat pelajar dan pensyarah dalam bidang robotik serta inovasi, di samping menyuntik semangat kepada pasukan untuk mengharumkan nama Politeknik dan Kolej Komuniti.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

