PERHIMPUNAN STAFF POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH BIL. 2/2026
- Details
- Hits: 30

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐉𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔
SABAK BERNAM, 2 Julai 2026 – Perhimpunan Staf Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Bil. 2/2026 telah diadakan di Dewan Seri Lang, PSIS dengan Jabatan Pengajian Am (JPA) selaku tuan rumah.
Perhimpunan ini menghimpunkan warga staf PSIS sebagai platform penyampaian maklumat, pengukuhan hubungan silaturahim serta penyampaian amanat kepada warga kerja institusi. Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program, antaranya bacaan Asmaul Husna, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, bacaan ikrar, slot tazkirah, tayangan video montaj, slot kecergasan, saringan kesihatan, Anugerah Pekerja Contoh PSIS Sukuan 2 (April–Jun 2026), taklimat merit asrama oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan slot psikologi serta slot e-Game.
Majlis turut diserikan dengan amanat daripada Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid yang menekankan kepentingan komitmen, integriti dan semangat kerja berpasukan dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi. Beliau turut menegaskan iltizam Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti melalui agenda 6K iaitu kebajikan, keharmonian, kesihatan, keselamatan, kebersihan dan keberkatan sebagai teras dalam memperkukuh kesejahteraan warga serta kecemerlangan institusi.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Pengajian Am atas komitmen sebagai tuan rumah serta kepada seluruh warga PSIS yang hadir dan menjayakan perhimpunan ini. Semoga perhimpunan staf seperti ini terus menjadi wadah yang menyatukan warga kerja PSIS ke arah kecemerlangan berterusan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

