PENGARAH POLYCC SELANGOR & WP KUALA LUMPUR TEROKAI DESTINASI BAHARU DI PERAK
- Details
- Hits: 31

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 & 𝐖𝐏 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
Taiping, 27 Jun 2026 - Program Synergy Spark Pengarah POLYCC Zon Selangor/Kuala Lumpur telah berjaya diadakan pada hari ini di KAMBEST, Bendang Siam, Taiping, Perak dengan menghimpunkan semua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Selangor/Kuala Lumpur. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Mohd Nasrul Menhat, Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta dan turut disertai oleh Dato’ Dr. Mohd Zahari bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Surau As Sarah, KAMBEST merangkap mantan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh semangat Sinergi, Jalinan Sepasukan dan Kebersamaan dalam kalangan barisan pengarah melalui pengukuhan hubungan profesional dan silaturahim, di samping memupuk semangat kerja berpasukan yang lebih mantap. Program ini juga menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, idea serta amalan terbaik, memperkasakan kepimpinan strategik, meningkatkan komunikasi yang lebih berkesan, dan membina kesepakatan dalam merealisasikan aspirasi serta kecemerlangan POLYCC secara kolektif.
Antara aktiviti jatidiri yang dijalankan sepanjang program ini ialah menjejaki laluan ke salah satu daripada 7 gua yang tersembunyi di Kg Ulu Senduk, Taiping dengan melalui laluan dusun, mendaki bukit dan juga merentasi sungai Senduk. Gua tersebut hanya dikenali sebagai Gua Kelawar oleh penduduk setempat kerana belum diwartakan dengan nama khas. Selain itu, pasukan ini juga mengadakan aktiviti sembang santai bersama mantan Ketua Pengarah iaitu Dato’ Dr. Mohd Zahari bin Ismail untuk berkongsi pengalaman kepimpinan beliau dalam menguruskan organisasi. Program seperti ini akan diteruskan pada bulan Ogos nanti di Johor dengan pernyertaan peserta di kalangan rakan pengarah dari zon yang terpilih.
Semoga Program Synergy Spark menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat, kepimpinan yang lebih berwibawa serta budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan Pengarah POLYCC Zon Selangor/Kuala Lumpur demi memacu kecemerlangan organisasi dan penyampaian pendidikan TVET negara.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

