TAKLIMAT IBU BAPA SEMPENA PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I 2026/2027
- Details
- Hits: 44

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕
SABAK BERNAM, 22 Jun – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah mengadakan Taklimat Ibu Bapa sempena pendaftaran pelajar baharu Sesi I 2026/2027 bagi memberi penerangan berkaitan pengajian, kemudahan kampus serta hal ehwal pelajar.
Taklimat yang dihadiri ibu bapa dan penjaga pelajar baharu itu bertujuan memberikan gambaran jelas mengenai perjalanan akademik dan kehidupan kampus sepanjang tempoh pengajian di PSIS.
Sepanjang sesi taklimat, ibu bapa turut diberikan penerangan mengenai struktur pengajian, kemudahan kolej kediaman, bantuan kewangan, aktiviti pelajar serta peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di kampus.
Program berlangsung dalam suasana mesra dan mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa yang menyambut baik usaha PSIS dalam menyediakan maklumat lengkap bagi membantu mereka memahami perjalanan pengajian anak-anak di PSIS.
Sesi taklimat telah disempurnakan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

