MAJLIS PENTAULIAHAN DAN WATIKAH 9 ORANG PELATIH PISPA PSIS DI 2ND POLYCC MALCIDAC 2026
- Details
- Hits: 25

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐈𝐊𝐀𝐇 𝟗 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇 𝐏𝐈𝐒𝐏𝐀 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝟐𝐧𝐝 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐌𝐀𝐋𝐂𝐈𝐃𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔
MERLIMAU, 6 Jun 2026 – Sembilan (9) pelatih PISPA Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) melakar sejarah apabila selamat ditauliahkan dalam majlis penuh gilang-gemilang yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut meraikan kejayaan gemilang ini, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Haslinda Bt Abd. Hamid (Komandan/Pengarah PSIS) dan Kpt. Bersekutu (PA) Mohd Zaini bin Zainudin (Ajutan PSIS) menzahirkan rasa bangga dan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas disiplin, ketahanan fizikal, serta mental yang dibuktikan oleh para pelajar.
Kejayaan ini mencerminkan impak positif kokurikulum berkredit (Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum) dalam melahirkan modal insan holistik. Terima kasih kepada pengurusan PSIS, ketua-ketua jabatan, pensyarah kursus dan unit sokongan yang secara langsung atau tidak langsung membantu keberhasilan pelatih PISPA PSIS.
Tahniah kepada sembilan wira & wirawati PSIS:
SM (PA) Norsuzana Atikah Binti Juhaizad (JKE)
SM (PA) Nabil Bin Zaini (JKE)
SM (PA) Lynna Caryna Binti Ahmad Zainim (JPH)
SM (PA) Abdullah Azzam Bin Yusnim (JPH)
SM (PA) Izatul Aiza Binti Rahmat (JP)
SM (PA) Shivendra A/L Puvaneswaran (JTMK)
SM (PA) Akiff Bin Md Najmuddin (JPH)
SM (PA) Nur Amalia Binti Sabaruddin (JPH)
SM (PA) Nur Amirah Syahirah Binti Hayazi (JPH)
Semoga watikah ini menjadi inspirasi untuk terus memimpin, berbakti kepada komuniti, dan menjulang nama PSIS!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

