𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐄𝐍 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐆𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
SABAK BERNAM, 5 JUN 2026 – Semangat juang tinggi mengiringi langkah kontingen PSIS Roboteam yang bakal berkampung selama seminggu di Politeknik Kota Bharu(PKB) bagi menyertai kejohanan 19th Malaysia FIRA CUP 2026.
Majlis pelepasan kontingen telah disempurnakan dengan jayanya oleh Puan Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Mohamad Azrin Ramli.
Bagi saingan kali ini, PSIS akan menyertai 9 kategori dan 26 subkategori yang dipertandingkan. Seramai 51 orang pelajar telah terpilih mewakili PSIS, terdiri daripada 32 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan.
Daripada jumlah tersebut, seramai 47 orang merupakan pelajar PSIS, manakala 4 orang lagi adalah pelajar Sekolah Menengah yang dibawa bersama di bawah program mentor-mentee, melibatkan 2 pelajar daripada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sabak Bernam (1 Lelaki, 1 Perempuan) dan 2 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz (SUA), Sabak Bernam (2 Lelaki).
Kontinjen PSIS digerakkan oleh penyertaan daripada dua jabatan utama, iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dengan 34 orang pelajar serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dengan 13 orang pelajar.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis