30 KAKITANGAN PSIS JAYAKAN AKTIVITI PENANAMAN BAKAU DI PANTAI BUMI HIJAU
- Details
- Hits: 29

𝟑𝟎 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐔 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔
SUNGAI AIR TAWAR, 3 Jun 2026- Aktiviti Penanaman Pokok Bakau sempena Program Gagasan Rumpun Selangor Tahun 2026 (GRS 2.0) bersempena keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor telah berlangsung dengan jayanya di Pantai Bumi Hijau, hari ini.
Program pemeliharaan alam sekitar yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu menyaksikan komitmen padu daripada warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Program hari ini dijayakan sepenuhnya oleh seramai 30 orang staf PSIS bersama anak-anak kakitangan.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Rizam bin Haji Ismail, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor. Turut hadir memberikan sokongan dan menyertai aktiviti penanaman ini ialah Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda Abd Hamid.
Program kesukarelawanan ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari selepas aktiviti penanaman anak pokok bakau selesai, sekali gus menyemarakkan lagi semangat "Kita Selangor" dalam usaha melestarikan alam semula jadi.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

