𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐅𝐋𝐀𝐆 𝐎𝐅𝐅 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐑𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐌𝐏 (𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟕/𝟐𝟎𝟐𝟔
31 Mei 2026 – Telah berlangsung Majlis Flag Off Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sempena penyertaan ke Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 17/2026 yang berlangsung di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.
Majlis pelepasan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda binti Abd Hamid. Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga Rejimen 502 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohd Paidzal bin Paijau (7508672) serta Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen 502 Askar Wataniah, Mejar Muhammad Afiq bin Ismail (3012359).
Pasukan PSIS diketuai oleh Mejar Sofian bin Jusoh (7514231) bersama Puan Aziah binti Thalaha (JSKK) dan Encik Mohd Zeid bin Abu Bakar (JKE) serta barisan jurulatih daripada Batalion Ketiga Rejimen 502 Askar Wataniah.
Penyertaan dalam MALPTAAC Siri 17/2026 merupakan platform penting bagi memupuk semangat patriotisme, disiplin, kepimpinan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar. Program ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai latihan ketenteraan serta pembinaan sahsiah yang cemerlang.
Warga PSIS mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen dan semoga beroleh kejayaan. Diharap agar segala pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan demi kecemerlangan diri, institusi dan negara.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis