MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN PISPA SELANGOR SEMPENA 2ND POLYCC MALCIDAC 2026
- Details
- Hits: 24

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐏𝐈𝐒𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝟐𝐧𝐝 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐌𝐀𝐋𝐂𝐈𝐃𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 2 Jun 2026 - Telah berlangsung Majlis Pelepasan Kontinjen Negeri Selangor 2026 yang menyaksikan kesiapsiagaan tinggi pasukan PISPA dalam menggalas cabaran di peringkat kebangsaan.
Majlis pelepasan yang penuh semangat ini telah disempurnakan oleh Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Selangor dan turut disantuni oleh Yang Berusaha Lt. Kol. Bersekutu (PA) Haslinda binti Abd. Hamid, Pengarah / Komandan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
Hadir bersama adalah wakil pengurusan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam, pengarah Kolej Komuniti Klang, Komandan CDA Marin, pegawai-pegawai kanan APM Negeri Selangor, serta para Pegawai Bersekutu yang terlibat.
Kontinjen Selangor pada tahun ini menghimpunkan kekuatan seramai 20 orang pelajar cemerlang POLYCC yang terdiri daripada:
• 8 orang pelajar dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
• 6 orang pelajar dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
• 6 orang pelajar dari Kolej Komuniti Selangor
Para peserta akan menggalas cabaran besar dalam keseluruhan aktiviti dan acara utama yang dipertandingkan sepanjang program berlangsung termasuk Kawad Kaki, Civil Defence Skills Competition (CDSC) yang merangkumi Extrication Vehicle (EV), Pengetahuan Umum, Melawan Kebakaran, Kawad Usungan, serta Dapur Medan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) selaku tuan rumah Latihan Medan intensif fasa 1 dan 2 (bermula 14–17 Mei 2026 & 28 Mei–1 Jun 2026). Sekalung apresiasi juga diucapkan kepada pihak APM Negeri Selangor, APM Daerah Petaling Jaya, APM Daerah Klang, serta rakan strategik CDA Marine atas kerjasama erat, sokongan logistik, dan latihan kepakaran yang dicurahkan demi memastikan kontinjen berada pada tahap prestasi terbaik.
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Kontinjen PISPA Selangor 2026!
PISPA SELANGOR BANGKIT PERKASA!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

