𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 & 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐀 : 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈
Tahniah diucapkan kepada CISEC Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) atas kejayaan menterjemahkan agenda pemerkasaan kerjaya pelajar melalui Majlis Sinergi Industri dan Akademia yang berlangsung di Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) hari ini.
​Melalui usaha proaktif pihak CISEC PSIS serta sokongan padu daripada semua Jawatankuasa yang telah dilantik melibatkan pelbagai jabatan, Sesi Menandatangani dan Penyerahan Dokumen Jalinan Kerjasama (LoI) telah berjaya dimeterai bersama empat (4) peneraju industri gergasi:
* Dataprep Holdings Bhd
* Innovacia Holdings Sdn Bhd
* ThinkerSpace
* Worldwide Holdings Berhad
​Kejayaan penganjuran majlis ini adalah refleksi kepada semangat kerja berpasukan dan komitmen luar biasa CISEC bersama seluruh JK yang telah dilantik. Impak kolaborasi strategik ini bakal membuka lembaran baharu buat warga kampus melalui:
* Peluang penempatan Latihan Industri (LI) yang premium.
*Peningkatan kadar kebolehpasaran graduan (Graduate Employability).
*Perkongsian kepakaran teknologi dan inovasi terkini.
Majlis telah disempurnakn oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid. Hadir sama Timbalan Pengarah Unit Kolaborasi, BKIK, Ts. Jason Choy Min Sheng.
​Syabas sekali lagi kepada pasukan CISEC PSIS serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik atas komitmen bertaraf lima bintang ini. Kerjasama erat anda semua adalah nadi kepada kecemerlangan berterusan PSIS!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis