HARI KEDUA : STAR EDUCATION FAIR 2026
- Details
- Hits: 24

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀: 𝐒𝐓𝐀𝐑 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐅𝐀𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 17 Mei 2026 – Kemeriahan Star Education Fair 2026 terus memuncak pada hari kedua dan terakhir di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, Putrajaya. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bersama gabungan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Selangor dan Kuala Lumpur terus komited mempamerkan kecemerlangan institusi masing-masing.
Hari penutupan pameran pendidikan anjuran The Star ini menyaksikan kaunter rundingan POLYCC dan Universiti Awam terus diserbu pengunjung. Reruai pameran menjadi platform interaktif utama bagi menyediakan panduan, hala tuju, dan rujukan pendidikan tinggi yang komprehensif.
Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan berjaya mencuri tumpuan ramai lepasan sekolah serta ibu bapa yang hadir untuk menerokai peluang pengajian dan prospek kerjaya masa depan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan reruai kami sepanjang dua hari program berlangsung.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

