HARI PERTAMA STAR EDUCATION FAIR 2026
- Details
- Hits: 30

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐑 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐅𝐀𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 16 Mei 2026 – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bersama beberapa buah Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Selangor dan Kuala Lumpur turut bersama-sam memeriahkan Star Education Fair 2026 yang berlangsung di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, Putrajaya.
Program pendidikan anjuran The Star yang akan berlangsung selama dua hari bermula semalam hingga esok, menyaksikan penglibatan aktif l POLYCC dan Universiti Awam dalam menyediakan ruang rujukan pendidikan tinggi kepada para pengunjung melalui pembukaan reruai pameran.
Pelbagai aktiviti interaktif dan menarik telah disediakan di reruai gabungan ini, sekali gus menarik perhatian ramai lepasan sekolah dan ibu bapa untuk menerokai peluang pendidikan dan kerjaya masa depan.
Hadir sama, Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid ke reruai Star Education Fair 2026.
Jom datang beramai-ramai ke STAR EDUCATION FAIR 2026!!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

