MESYUARAT PROGRAM POLYCC STUDENT TRADEPRENEUR CHALLENGE (POLYSTRAC 2026) PERINGKAT KEBANGSAAN
- Details
- Hits: 104

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓𝐒 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐄𝐏𝐑𝐄𝐍𝐄𝐔𝐑 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 (𝐏𝐨𝐥𝐲𝐒𝐓𝐫𝐚𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍
KUALA LUMPUR, 15 April 2026 – Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 15 April 2026 bertempat di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar (BAPP, JPPKK), Tuan Haji Azirin bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Pelajar BAPP, Encik Suhairi bi. ismail, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Puan Haslinda Abd Hamid,Ketua Jabatan Perdagangan; serta wakil daripada rakan kerjasama strategik iaitu Asri Ahmad Academy, Bursa Malaysia dan CGS International Securities Malaysia.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras serta membincangkan gerak kerja pelaksanaan Program PolySTraC 2026 yang dijadualkan membuka tirainya pada Julai 2026. Program ini akan dianjurkan di peringkat kebangsaan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, dengan kerjasama Politeknik Sultan Idris Shah.
Penyertaan program pada kali ini turut diperluaskan kepada semua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) daripada pelbagai bidang pengajian, bagi meningkatkan penglibatan serta impak program secara menyeluruh, khususnya dalam aspek literasi kewangan dan keusahawanan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

