𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊: 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐈𝐎𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐈𝐂𝐊 𝐁𝐔𝐆
Pada 6 April 2026, seramai 54 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Parit Baru telah menyertai satu program berimpak tinggi, iaitu kursus pendek “Kenali Dunia Internet of Things (IoT) bersama MICK BUG.” Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu Marziah binti Che Mansor, Wan Nur Hidayah binti Ibrahim dan Dr Norliza binti Abdullah.
Program ini menampilkan MICK BUG, sebuah hasil inovasi geran TAIGS yang direka khas sebagai medium pembelajaran pintar dan interaktif dalam dunia teknologi masa kini.
Melalui pendekatan hands-on learning menggunakan mikropengawal ESP32, para pelajar didedahkan kepada:
✨ Konsep asas Internet of Things (IoT)
✨ Penggunaan sensor pintar & automasi
✨ Aplikasi teknologi dalam kehidupan sebenar
✨ Kepentingan inovasi hijau & kelestarian masa depan
Apa yang lebih menarik, pelajar berpeluang membina sendiri projek mini IoT, menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, praktikal dan berimpak tinggi!
Program ini diharap dapat menjadi pencetus minat awal dalam bidang STEM, sekaligus melahirkan generasi muda yang:
🚀 Celik teknologi
🚀 Kreatif & inovatif
🚀 Bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0
MICK BUG bukan sekadar alat pembelajaran — ia adalah jambatan kepada masa depan teknologi generasi muda.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis