PROGRAM REACH OUT PROMOSI PENGAMBILAN PSIS
- Details
- Hits: 45

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐎𝐔𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐒𝐈𝐒
Pada 31 Mac 2026 (Selasa), telah berlangsung Program Reach Out Promosi Pengambilan di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam bersempena pengumuman keputusan SPM 2025.
Seramai 4 orang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) PSIS telah hadir bagi memberikan penerangan lanjut dan bantuan konsultansi berkaitan peluang melanjutkan pengajian di politeknik kepada para pelajar.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM mengenai pelbagai program pengajian yang ditawarkan, di samping membantu mereka membuat pilihan yang tepat untuk masa depan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Ungku Aziz atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga usaha ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk melakar kejayaan dalam bidang TVET.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

