SEMARAK UKHWAH YA RAMADAN: MAJLIS IFTAR KELAB WIRA SATRIA PSIS BERSAMA REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
- Details
- Hits: 52

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐔𝐊𝐇𝐖𝐀𝐇 𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍: 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐓𝐑𝐈𝐀 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟐 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇
Sungai Lang, 10 Mac 2026 - Kelab Wira Satria PSIS telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan pada 10 Mac 2026 bertempat di Kafeteria Admin PSIS. Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga politeknik, penasihat kelab serta pihak Rejimen 502 Askar Wataniah di samping menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan khas, iaitu Lt Kol Mukhriz Bin Hj. Kamarudin (3010794) selaku Timbalan Komander Rejimen 502 Askar Wataniah serta Pn. Haslinda Binti Abd. Hamid, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. Turut hadir ialah Pn. Aziah Binti Thalaha dan En. Mohd Zeid Bin Abu Bakar selaku Penasihat Kelab Wira Satria PSIS.
Selain itu, majlis ini juga dihadiri oleh wakil daripada Rejimen 502 Askar Wataniah, antaranya Lt Kol Mohd Paidzal Bin Paijau (7508672), Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen 502 Askar Wataniah dan Mej Muhammad Afiq Bin Ismail (3012359), Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen 502 Askar Wataniah serta pegawai dan staf dari Batalion Ketiga Rejimen 502 Askar Wataniah.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi platform berbuka puasa bersama, malah turut memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Kelab Wira Satria PSIS dan Rejimen 502 Askar Wataniah dalam membentuk semangat patriotisme, disiplin serta kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memupuk semangat kebersamaan dan mempereratkan hubungan antara institusi pendidikan dan Angkatan Pertahanan Negara.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

