BANGKOK PROGRAM GREEN TVET CPSC
- Details
- Hits: 46

𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐎𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐂𝐏𝐒𝐂
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas penglibatan Politeknik Malaysia dalam program antarabangsa berkaitan pembangunan TVET lestari di peringkat Asia Pasifik.
Penyertaan dalam Regional Program on “Promoting Green Research, Green Skills, Sustainability, and Inclusiveness in TVET System of Asia Pacific Countries” termasuk International Conference on “From Green Skills to Green Economies: The Strategic Role of TVET in Sustainable Development” telah berlangsung pada 23 hingga 27 Februari 2026 di Bangkok, Thailand.
PSIS telah diwakili oleh Ts. Dr Azrul Bin Mahfurdz manakala Politeknik Merlimau Melaka diwakili oleh Dr Hassan Bin Ismail. Penglibatan ini menjadi platform penting dalam memperluas perkongsian kepakaran serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik, khususnya dalam bidang penyelidikan hijau, pembangunan kemahiran hijau dan pemerkasaan kelestarian sistem TVET.
Program berprestij ini dianjurkan oleh Colombo Plan Staff College (CPSC), Filipina dengan kerjasama Office of the Vocational Education Commission (OVEC), Thailand. Penganjuran ini memberi penekanan terhadap peranan strategik TVET sebagai pemacu ekonomi hijau serta tonggak pembangunan mampan di rantau Asia Pasifik.
Secara keseluruhannya, penyertaan ini bukan sahaja meningkatkan keterlihatan Malaysia di persada antarabangsa, malah menyokong usaha memperkasa kemahiran hijau, memperluas penyelidikan berimpak tinggi dan mengukuhkan ekosistem TVET ke arah masa depan yang lebih lestari, inklusif dan berdaya saing.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah

