MAJLIS BERBUKA PUASA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA MAHASISWA
- Details
- Hits: 43

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀
PUTRAJAYA, 28 Februari 2026 - Seramai 28 orang pelajar terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bersama pegawai serta Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda Abd Hamid telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Majlis tersebut turut dihadiri warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekali gus menghimpunkan kepimpinan dan warga pendidikan dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Seusai solat Maghrib, YAB Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra bersama para pelajar dan hadirin serta menjawab beberapa persoalan yang diajukan dalam suasana santai. Peluang ini memberi ruang kepada pelajar khususnya pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti yang hadir untuk mendengar pandangan dan nasihat secara langsung daripada kepimpinan negara.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

