PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROSES PENDIGITALAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DI INSTITUT POLYCC
- Details
- Hits: 28

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂
11 Februari 2026- Unit Peperiksaan, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menerima kunjungan daripada Pegawai Pemantau iaitu Encik Mohd Azizol bin Abdul Aziz daripada Unit Peperiksaan dan Data, Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Pemantauan ini telah disambut oleh En Mohd Shahir Bin Dzulkapli selaku Ketua Unit Peperiksaan dan Pegawai-Pegawai Peperiksaan, Puan Nur Atilya binti Mahidan serta Puan Nur Farah Atheqah binti Mohd Azlan.
Pemantauan ini dibuat bertujuan melihat proses perlaksanaan pendigitalan dokumen peperiksaan di Unit Peperiksaan bagi menyokong inisiatif pendigitalan dokumen-dokumen peperiksaan.
Semoga hasil pemantauan ini, mendapat input-input yang terbaik di dalam meningkatkan proses pendigitalan dan dapat dilaksanakan secepat mungkin dalam menjadikan PSIS terus unggul sebagai peneraju institusi TVET yang berkualiti.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

