LAWATAN ILMIAH KE PARLIMEN MALAYSIA
- Details
- Hits: 29

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
10 Februari 2026 | Kuala Lumpur — Kelab Sekretariat Rukun Negara (SRN) Politeknik Sultan Idris Shah telah menganjurkan Program PERTIWIKU: Lawatan Ilmiah ke Parlimen Malaysia sebagai inisiatif memperkukuh pemahaman mahasiswa terhadap sistem pentadbiran negara dan amalan demokrasi berparlimen.
Program ini memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai peranan Parlimen dalam pembentukan dasar serta proses tadbir urus negara, selaras dengan aspirasi pemupukan nilai kenegaraan dan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan mahasiswa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, atas kesudian meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.
Pihak politeknik juga merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, atas ucapan selamat datang yang diberikan kepada pelajar Politeknik Sultan Idris Shah dalam sesi ucapannya, yang telah menyuntik semangat serta motivasi kepada para pelajar.
Selain itu, ucapan terima kasih tidak terhingga turut dirakamkan kepada Yang Berhormat Tuan Kalam bin Salan, Ahli Dewan Rakyat Sabak Bernam, atas tajaan makanan tengah hari bagi 41 orang pelajar yang terlibat.
Tidak dilupakan, penghargaan turut diberikan kepada Puan Rozinah binti Mohd Tab dan Cik Normaizatul Anis binti Jamalluddin atas layanan mesra serta sokongan sepanjang pelaksanaan lawatan ilmiah ini.
Semoga program seumpama ini terus menjadi platform bermakna dalam melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan, berwawasan dan berjiwa patriotik.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

