LAWATAN PEMANTAUAN FASILITI
- Details
- Hits: 25

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐈𝐋𝐈𝐓𝐈
Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Puan Haslinda Abd Hamid telah mengadakan lawatan pemantauan fasiliti ke Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) PSIS dan Anjung Pesona (hotel latihan) bagi meninjau keadaan infrastruktur serta memastikan kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
Lawatan tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai berkaitan yang memberikan penerangan berhubung susun atur ruang, peralatan pembentangan serta aspek penyelenggaraan bilik seminar. Tinjauan ini bertujuan memastikan persekitaran yang kondusif dapat disediakan bagi menyokong pelaksanaan seminar, bengkel dan aktiviti akademik di PSIS.
Turut hadir ke sesi lawatan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Mohamad Azrin Ramli serta Ketua Unit Khidmat Pegurusan, Puan Hurul Inn Ahmad.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

