BENGKEL PELAN STRATEGIK POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2026
- Details
- Hits: 78

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔
Telah berlangsung Bengkel Pelan Strategik Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) 2026 bertempat di Hotel Premiere, Klang pada 16 hingga 18 Disember 2025 anjuran Unit Perancangan Strategik PSIS. Bengkel ini menghimpunkan Ahli Mesyuarat Pengurusan dan pegawai berkaitan bagi membincangkan, merangka serta memperhalusi hala tuju strategik Politeknik Sultan Idris Shah selaras dengan keperluan semasa pendidikan TVET dan aspirasi pembangunan institusi.
Sepanjang bengkel berlangsung, pelbagai cadangan strategik telah dikemukakan sebagai asas kepada pengukuhan perancangan, tadbir urus dan pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi ke arah mencapai kecemerlangan serta kelestarian Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) pada masa hadapan, selaras dengan pencapaian KPI POLYCC dan PSIS.
Bengkel ini turut memberi penekanan kepada penyelarasan matlamat institusi, pengukuhan kerjasama antara jabatan dan industri serta pemantapan budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan warga PSIS. Pendekatan perbincangan secara kolaboratif dan strategik telah membantu memperjelaskan peranan serta tanggungjawab setiap pihak dalam menjayakan pelan perancangan yang dirangka.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

