𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄𝐏𝐑𝐄𝐍𝐄𝐔𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐌𝐎𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟓
Program International Entrepreneurship Mobility Programme 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hingga 25 Oktober 2025 di Sungai Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Program ini menghimpunkan delegasi daripada Politeknik Sultan Idris Shah Dan Sungai Kolok Industrial and Community Education College, Thailand dalam usaha memperkukuh jaringan keusahawanan antarabangsa dan memupuk semangat usahawan global berdaya saing.
Sepanjang program ini, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti bermakna termasuk:
🔹 Sesi perkongsian ilmu dan pertukaran idea bersama pelajar serta pensyarah Thailand,
🔹 Pendedahan kepada konsep Green Entrepreneurship, iaitu pendekatan keusahawanan berasaskan kelestarian alam, sosial dan ekonomi,
🔹 Lawatan industri dan komuniti untuk memahami amalan perniagaan hijau serta peluang keusahawanan berteraskan kelestarian (sustainability).
Narathiwat dan kawasan sekitarnya menjadi lokasi yang amat sesuai untuk memahami konsep ini kerana persekitarannya kaya dengan sumber semula jadi, pertanian tempatan dan inisiatif komuniti lestari — selaras dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDGs).
Program ini bukan sahaja membuka ruang pembelajaran rentas budaya, malah menjadi platform penting dalam melahirkan usahawan muda yang berfikiran hijau dan berwawasan global. 🌿💼
✨ Menjana Usahawan Global Melalui Mobiliti Antarabangsa ✨
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis