𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐎𝐅 𝐈𝐃𝐄𝐀 (𝐅𝐎𝐈) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) turut menyertai dan memeriahkan Festival of Idea (FOI) Negeri Selangor 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.
PSIS melalui kumpulan inovasi ‘Moon-Key Repello’ membuka reruai pameran selama dua hari bagi memperkenalkan hasil inovasi ciptaan dalam usaha menyokong agenda inovasi dan kreativiti peringkat negeri.
Majlis perasmian FOI Negeri Selangor telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari.Pelbagai reruai menarik turut memeriahkan festival ini, menampilkan pelbagai hasil inovasi, pameran pendidikan, demonstrasi teknologi, serta peluang jaringan kerjasama antara institusi dan industri.
Tahniah dan syabas kepada pasukan PSIS atas penyertaan ! 👏
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis