TIGA PELAJAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH LAYAK KE PERINGKAT AKHIR HACKATHON MOHE 2025
- Details
- Hits: 72

𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐇𝐀𝐂𝐊𝐀𝐓𝐇𝐎𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟓
Pasukan yang dikenali sebagai CHILL yang dianggotai NUR NISA KARMILA BINTI NOOR ZAINAL ABDINE, QASEH AYUNI ZAFA BINTI ZAILAN & NUR AINI HUSNA BINTI SAMSUL HAIRI ini telah menonjolkan kreativiti dan inovasi dalam membangunkan aplikasi berasaskan platform AppSheet dan Google Workspace, dengan sokongan teknologi Gemini dibawah bimbingan pensyarah En. Firdaus bin Hassan. Mereka dipilih sebagai salah satu daripada 15 pasukan terbaik kategori Politeknik dan Kolej Komuniti, mengatasi puluhan penyertaan dari seluruh negara.
Pertandingan ini bertujuan menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi awam, politeknik dan kolej komuniti untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar melalui pembangunan aplikasi tanpa kod (no-code). Finalis akan membentangkan idea mereka secara langsung di hadapan panel juri profesional, dengan peluang merebut hadiah utama bernilai RM2,000.
Kejayaan CHILL bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan akademik dan teknikal pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, malah membuktikan kemampuan mereka bersaing di peringkat nasional dalam bidang inovasi digital.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

