PENYERTAAN PSIS DI PAASWE 2025
- Details
- Hits: 59

PENYERTAAN PSIS DI PAASWE 2025
PAM Architecture Annual Student Works Exhibition (PAASWE) ialah pameran tahunan anjuran Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) yang menghimpunkan hasil kerja pelajar seni bina dari institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Pameran ini menjadi platform penting untuk mempamerkan kreativiti, inovasi dan bakat generasi muda dalam bidang seni bina.
Bertemakan “Archipelago”, PAASWE 2025 meraikan kepelbagaian budaya dan keunikan identiti kepulauan Nusantara melalui seni bina yang berpaksikan nilai tempat, komuniti dan persekitaran tropika.
Seramai 10 pelajar dan 2 pensyarah Program Diploma Seni Bina, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Idris Shah telah menyertai PAASWE 2025 yang berlangsung pada 8 hingga 11 Oktober 2025 bertempat di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya.
Antara program yang akan dipertandingkan sepanjang program ini adalah :
Penyertaan ini menampilkan hasil reka bentuk pelajar Diploma Seni Bina PSIS yang berteraskan inovasi dan kelestarian, selaras dengan tema “Archipelago.”
Semoga para peserta berjaya dan memperoleh kejayaan cemerlang dalam pertandingan ini. Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

