𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐀𝐌 (𝐊𝐀𝐌𝐁𝐄𝐒𝐓)
CHANGKAT JERING, 27 SEPTEMBER 2025- Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani Bendang Siam, Taiping (KAMBEST) telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Bendang Siam, Changkat Jering.
Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi,
KAMBEST merupakan inisiatif Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Negeri Perak sebagai penganjur utama. Hadir sama, YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan dan Kolej Komuniti, Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bersama-sama Pengarah Bahagian Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Pengarah-Pengarah POLYCC, para pensyarah, pelajar serta wakil komuniti setempat.
KAMBEST TVET merupakan usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa komuniti luar bandar menerusi penerapan kemahiran Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), selari dengan aspirasi konsep Malaysia MADANI.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis