PSIS TERUS MEMPERKASA GRADUAN TVET MELALUI KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA INDUSTRI DAN NGO
- Details
- Hits: 87

𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐆𝐎
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus mengorak langkah ke hadapan dalam memperkasa graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) apabila berjaya memeterai kolaborasi strategik bersama empat rakan industri dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Majlis Perasmian Penutupan Karnival Harta IntelekPolyCC 2025.
Majlis Penyerahan Sijil Kolaborasi dan Nota Kolaborasi tersebut menyaksikan kerjasama rasmi dimeterai antara PSIS dengan empat rakan industri iaitu ADA Architects, Marrybrown, Kelantan Biotech Corporation, dan Jabatan Pertanian Sabak Bernam serta dua NGO, iaitu Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dan International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM).
Kolaborasi ini meliputi pelbagai aspek penting termasuk pembangunan pelajar, Structured Internship Program (SIP), Latihan Industri (LI) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama. Inisiatif ini bukan sahaja akan memperluaskan jaringan industri PSIS, malah memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar untuk meneroka pengalaman dunia sebenar serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Kerjasama strategik ini juga dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh imej serta nilai TVET sebagai laluan pendidikan arus perdana. PSIS yakin bahawa melalui sokongan kukuh daripada rakan industri dan NGO, TVET kini bukan lagi dianggap sebagai pilihan kedua, sebaliknya telah menjadi pilihan utama bagi membina kerjaya yang mampan, berdaya saing dan memenuhi keperluan sebenar pasaran kerja.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda Abd Hamid, dan disaksikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Shahiza Ahmad Zainuddin.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

