𝐁𝐎𝐎𝐓𝐂𝐀𝐌𝐏 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐨𝐥𝐲𝐒𝐓𝐫𝐚𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓
KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2025-Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (BK JPPKK), dengan kerjasama Asri Ahmad Academy dan Bursa Malaysia telah mengadakan Bootcamp Asas Pemiihan Saham sempena Polytechnic Students Trading Challenge (PolySTraC 2025) pada 19 – 20 Ogos 2025 yang berlangsung di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur.
Seramai 130 penyertaan yang melibatkan 100 orang pelajar serta 30 Jurulatih dari 15 Politeknik Malaysia, iaitu Politeknik Melaka, Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik METrO Betong Sarawak, Politeknik METrO Johor Bahru, Politeknik METrO Kuala Lumpur, Politeknik Muadzam Shah, Politeknik Port Dickson, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin serta Politeknik Sultan Idris Shah.
Program ini turut dihadiri Pengarah PSIS, Puan Haslinda binti Abd Hamid bagi memberikan sokongan penuh terhadap usaha penganjuran Bootcamp Asas Pemilihan Saham ini.
Para peserta diberikan pendedahan terhadap produk dan analisa saham, serta berpeluang untuk melaksanakan praktikal aktiviti jual beli saham yang dikendalikan oleh Datuk Haji Mohd Asri bin Ahmad serta jurulatih-jurulatih berpengalaman dari Asri Ahmad Academy dan Bursa Malaysia.
Aktiviti jual beli saham bagi PolySTraC 2025 ini akan bermula dari 26 Ogos sehingga 19 September 2025.
"ASAS KUKUH, PELABURAN MANTAP!"
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis