𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍: 𝐌𝐎𝐁𝐈𝐋𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐀𝐓𝐑𝐈𝐀) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓
Morib, Sepang, Selangor 11 Ogos 2025 - Sekretariat Rakan Muda (SRM) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menyertai Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) peringkat negeri Selangor 2025 yang telah berlangsung di Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS), Morib pada 9 hingga 10 Ogos 2025 anjuran Bahagin Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
SRM PSIS yang telah menghantar penyertaan seramai 31 ahli peserta pelajar dan 2 orang pegawai pengiring menyertai program. Semua peserta pelajar merupakan ahli SRM yang terdiri daripada pelajar-pelajar PSIS merentas jabatan pelbagai jurusan. Antara aktiviti yang disertai adalah seisi taklimat Rakan Prihatin olleh urusetia JBS, seisi simulasi siapsiaga bersama urusetia MAYC Kuala Langat di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, sesi simulasi kebakaran bersama Bomba dan APM KL. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah
Kuala Langat YM Tengku Rohana Tengku Nawawi. Semua ahli SRM PSIS telah menunjukkan komitmen, bakat, dan semangat juang yang tinggi semasa program berlangsung!
THE GREAT PSIS, IS WHERE CHAMPIONS ARE MADE!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis