𝟒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐊𝐎𝐑𝐄𝐀 𝐌𝐄𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝟑𝟎𝐭𝐡 𝐅𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐂𝐔𝐏 𝐀𝐍𝐃 𝐒𝐔𝐌𝐌𝐈𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓
KUALA LUMPUR, 06 Ogos 2025 – Majlis Flag-off Pasukan Robotik POLYCC telah berlangsung dengan jayanya di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 16 pelajar POLYCC, termasuk empat daripada Politeknik Sultan Idris Shah, akan ke Daegu, Korea bagi menyertai Kejohanan 30th FIRA RoboWorld Cup and Summit 2025 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Ogos 2025
Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Turut hadir ialah Dato' Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Daud bin Isa selaku Presiden FIRA Malaysia Chapter, Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid, barisan pengurusan tertinggi dan pegawai JPPKK serta para peserta dan pensyarah pengiring.
Majlis flag-off diadakan hari ini bagi meraikan Pasukan Robotik POLYCC yang akan mewakili negara dalam kejohanan tersebut. Pasukan FIRA POLYCC diwakili oleh empat (4) institusi iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) pada kali ini telah menyasarkan 10 pingat.
Pada kejohanan tersebut , Pasukan FIRA POLYCC akan bertanding dalam 4 kategori pertandingan iaitu HuroCup (sembilan (9) sub-kategori), Autonomous Car Challenge (dua (2) sub kategori), Air-Drone Autonomous Race, dan Air-Drone Emergency Service (masing-masing satu kategori).
Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan Robotik POLYCC.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis