𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑
Lebih 890 orang pelajar baharu kemasukan sesi I 2025/2026 Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) berjaya mendaftarkan diri di Dewan Seri Lang,PSIS. Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid bersama Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik meninjau proses pendaftaran pelajar baharu yang berjalan lancar dan tersusun seperti dirancang.
Turut diadakan sesi taklimat ibu bapa dan soal jawab berkaitan hal ehwal akademik, kebajikan dan kemudahan pelajar bersama Pengurusan PSIS di Dewan Seri Lang, PSIS. Pihak Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf dan pelajar sukarelawan yang komited menjalankan tugas semasa proses pendaftaran.
Selamat datang dan selamat menjalani Minggu Transformasi Siswa (MTS) kepada pelajar baharu bagi Sesi I 2025/2026.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis