𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ❞𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐓𝐄𝐋𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍❞
Putrajaya, 25 Julai 2025 – Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Puan Haslinda Abd Hamid telah menghadiri satu mesyuarat perancangan awal bagi pertandingan “Storytelling Competition” yang bakal dianjurkan di peringkat antarabangsa. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Persidangan Utama (Large Conference Room), Menara PJH, Putrajaya.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Rohizam Md Yusof, Champion, Tourism Productivity Nexus (TPN).Mesyuarat yang diadakan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan, struktur pertandingan, objektif utama serta peranan PSIS dan agensi-agensi terlibat dalam menjayakan pertandingan tersebut. Ia turut menjadi platform bagi mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi impak positif kepada sektor pelancongan serta pembangunan modal insan.
Hadir sama, Pegawai Bahagian Pembangunan Pembangunan Industri, Ministry Of Tourism and Culture (MoTAC), Pengurus Project Youth Environment Living Lab (YELL) United Nations Development Programme (UNDP),Pegawai Malaysian Tourist Guide Council (MTGC) dan wakil Malaysian Productivity Corporation (MPC).
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis