Sungai Lang, 23 Julai 2025- Malaysia Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 telah menutup tirai pada hari ini yang disertai oleh 700 pelajar dikalangan 17 politeknik seluruh negara, dengan kerjasama 12 Rejimen Siri 500 Askar Wataniah yang berlangsung di Padang Serbaguna, Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS).
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, YBhg. Brigedier Jeneral Sani Bin S Omar, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat. Turut memeriahkan majlis adalah Pengarah Kanan Kompetensi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah Kanan (Akademik), Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, JPPKK, Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, Kolonel Haji Ridzwan bin Shoib dan Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Agensi-agensi Kerajaan daerah Sabak Bernam serta Jurulatih-jurulatih Askar Watahniah.
Sorotan Pencapaian Cemerlang:
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan yang telah menunjukkan semangat juang yang luar biasa!
🥇 Johan Keseluruhan: Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) di bawah Rejimen 513 Askar Wataniah.
🥈 Naib Juara Keseluruhan: Politeknik Sultan Idris Shah di bawah Rejimen 502 Askar Wataniah.
🥉 Tempat Ketiga Keseluruhan: Politeknik Seberang Perai di bawah Rejimen 509 Askar Wataniah.
Dan tahniah juga kepada pemenang bagi setiap kategori:
🥇Ujian Jalan Laju 5km: Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (Rejimen 513 AW)
🥇Multi Relay: Politeknik Ungku Omar (Rejimen 503 AW)
🥇Pandu Arah: Politeknik Sultan Azlan Shah (Rejimen 503 AW)
🥇Bola Tampar: Politeknik Seberang Perai (Rejimen 509 AW)
🥇Menembak: Politeknik Sultan Idris Shah (Rejimen 502 AW)
Syabas kepada semua peserta atas komitmen dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang kem ini. Semangat kebersamaan dan jati diri yang dibina akan menjadi bekalan berharga!