PROGRAM PENSIJILAN INDUSTRI YAYASAN TM TVET MADANI (FIBER OPTIK) - MEMPERKASA KEMAHIRAN PELAJAR KEJURUTERAAN PSIS
- Details
- Hits: 5

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐌 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐅𝐢𝐛𝐞𝐫 𝐎𝐩𝐭𝐢𝐤) – 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐒𝐈𝐒
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) kini sedang melaksanakan Program Pensijilan Industri Yayasan TM TVET MADANI dalam bidang Fiber Optik, hasil kerjasama strategik bersama Yayasan Telekom Malaysia (TM). Program ini merupakan satu inisiatif berimpak tinggi di bawah rangka kerja TVET MADANI, yang bertujuan untuk memperkasa pelajar institusi TVET dengan pensijilan teknikal bertaraf industri yang diiktiraf dan relevan dengan keperluan semasa pasaran kerja.
Melalui program ini, pelajar bukan sahaja diberi pendedahan kepada pengetahuan teori dan praktikal terkini dalam bidang fiber optik, tetapi turut mendapat bimbingan terus daripada pakar industri yang berpengalaman. Ia selaras dengan hasrat kerajaan dan sektor pendidikan untuk merapatkan jurang antara pendidikan teknikal dan keperluan industri melalui kolaborasi pintar bersama syarikat berkaitan.
Program ini dilaksanakan dalam dua sesi:
• Sesi 1: 7 hingga 18 Julai 2025
• Sesi 2: 21 Julai hingga 1 Ogos 2025
Setiap sesi melibatkan seramai 24 orang pelajar semester 4 daripada Diploma Kejuruteraan Elektrik (DEP) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DTK), Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSIS.
Program ini dikendalikan oleh penceramah industri bertauliah, Ts. Rozaini Bin Ismail dari Telekom Malaysia, yang berperanan sebagai fasilitator utama sepanjang tempoh latihan.
PSIS amat menghargai sokongan padu daripada Yayasan TM dan Telekom Malaysia dalam menjayakan program ini. Diharapkan ia menjadi batu loncatan ke arah pengukuhan kerjasama strategik demi pembangunan pendidikan teknikal negara.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis