𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐑𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐌𝐏 (𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓
Sungai Lang, 11 Julai 2025 - Malaysia Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 secara rasminya telah bermula pada hari ini disertai oleh lebih 700 pelajar dikalangan 17 politeknik seluruh negara, dengan kerjasama 12 Rejimen Siri 500 Askar Wataniah yang berlangsung di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS).
Majlis Pembukaan MALPTAAC Siri 16/2025 disempurnakan oleh YBrs. Dr Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Hadir sama, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Sani Bin S Omar, Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid, Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, Kolonel Haji Ridzwan Bin Shoib, Pegawai Daerah Sabak Bernam, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Dr. Haji Paridul Adras Bin Ismail,Pengarah Bahagian Kurikulum (BK) , Dr Zamzam Mohd Walid, Pdan Pengarah-Pengarah Politeknik Malaysia, serta Jurutlatih-Jurulatih Askar Watahniah.
MALPTAAC merupakan program kolaborasi tahunan antara Bahagian Kurikulum (BK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat (MK TD – BPS). Program ini akan berlangsung bermula pada 10 sehingga 24 Julai 2025.
Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah:
✅ 12 Julai 2025: Ujian Jalan Laju (UJL)
✅ 13 Julai 2025: Multi Relay
✅ 14 Julai 2025: Pandu Arah
✅ 15-16 Julai 2025: Operasi Kawasan Terbina (OBUA)
✅ 17 Julai 2025: Jiwa Murni Madani
✅ 20-22 Julai 2025: Menembak
✅ 23 Julai 2025: Majlis Penutupan MALPTAAC
MALPTAAC ialah sebuah platform strategik bagi melatih dan memperkasa anggota Pasukan Sukarela Askar Wataniah yang terdiri daripada pelajar Politeknik Malaysia. Program ini memperkukuh komitmen dalam membentuk sahsiah terpuji, kepimpinan yang berwibawa, disiplin tinggi serta menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar yang terlibat.