𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐀𝐓𝐕 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐑𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐌𝐏 (𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓
Kuala Lumpur, 08 Julai 2025 -Telah berlangsung satu sesi temu bual eksklusif yang melibatkan Brigedier Jeneral Sani bin S Omar, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat, bersama Encik Mohamad Azrin bin Ramli, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), yang bersiaran secara langsung di BernamaTV.
Temu bual ini diadakan bersempena penganjuran “Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp” (MALPTAAC) Siri 16/2025, bertempat di Wisma Bernama, Kuala Lumpur.Sesi ini bertujuan menerangkan objektif penganjuran MALPTAAC sebagai platform strategik dalam membentuk jati diri, kepimpinan, dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia yang terlibat sebagai anggota Pasukan Simpanan Sukarela Askar Wataniah.
Melalui slot tersebut ini juga, kedua-dua panel turut berkongsi maklumat mengenai kerjasama antara kerjasama antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Rejimen Askar Wataniah dalam membina generasi muda yang lebih berdisiplin, berdaya tahan dan bersedia menyumbang kepada negara dalam apa jua keadaan. MALPTAAC dilihat bukan sahaja sebagai satu latihan ketenteraan, malah turut menyemai semangat setia negara dan pengukuhan sahsiah dalam kalangan pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Bernama TV kerana telah memberi peluang kepada PSIS keudara hari ini bagi mempromosi program MALPTAAC Siri 16/2025.
Hadir sama, Cik Nurul Aqmar Hassan, Pengarah Program MALPTAAC Siri 16/2025, Puan Aziah Thalaha, Setiausaha MALPTAAC dan Encik Fairul Nazrul Khairuddin, Pegawai Perhubungan Awam, PSIS.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis