𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇
Sungai Lang, 07 Julai 2025- Terukir sejarah pada hari ini apabila Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) buat julung-julung kalinya menerima kemasukan pelajar Asasi ke kampus ini.
Daripada 100 kekosongan penempatan yang ditawarkan, seramai 82 orang pelajar telah berjaya mendaftar sebagai pelajar baharu bagi Program Asasi Teknologi Kejuruteraan sesi I 2025/2026.
Selain itu, suasana di PSIS menjadi lebih meriah dengan kehadiran ibu bapa dan ahli keluarga yang turut menemani anak-anak mereka bagi urusan pendaftaran.
Sesi taklimat bersama ibu bapa juga turut diadakan dimana para ibu bapa berpeluang bertanya soalan kepada pihak pengurusan berkenaan Program Asasi Teknologi Kejuruteraan.
Turut hadir dalam taklimat tersebut YBrs. Encik Zaidi bin Othman, Pengarah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik, PSIS, YBrs. Dr. Mohamad Kazar bin Razali, Timbalan Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN), JPPKK, Puan Norzailina binti Md Som, Ketua Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK), PSIS dan Encik Mohd Fakhrurrazi bin Awang@Ghazali, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), PSIS serta wakil Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK.
Dalam sesi taklimat tersebut, turut menyaksikan penyerahan cenderamata kepada pelajar baharu yang pertama mendaftar sebagai pelajar Asasi Teknologi Kejuruteraan PSIS.
Pengurusan PSIS mengucapkan sekalung penghargaan kepada seluruh warga kerja PSIS dan para pelajar yang terlibat serta tahniah dan selamat datang buat semua pelajar baharu.
Selamat menjalani Minggu Transformasi Siswa (MTS)!!!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis