𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐑𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐌𝐏 (𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓
Sabak, 03 Jun 2025- Telah berlangsung program Gotong Royong Bersepadu rumah rehat Sabak Bernam dan kawasan pengairan saliran Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sempena Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 yang akan berlangsung pada 10 Julai hingga 24 Julai 2025.
Program gotong royong dijayakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan Sabak Bernam, warga Politeknik Sultan Idris Shah dan anggota askar wataniah. Aktiviti Gotong-Royong Bersepadu ini dianjurkan sebagai persediaan awal bagi memastikan lokasi utama yang akan digunakan sepanjang penganjuran MALPTAAC Siri 16/2025 berada dalam keadaan bersih, selesa dan selamat sebelum ketibaan para peserta.
Pengarah dan seluruh warga PSIS merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi kerajaan daerah Sabak Bernam serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis