SELAMAT BERJUANG PASUKAN SEPAK TAKRAW KONTIJEN SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
- Details
- Hits: 32

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐊𝐑𝐀𝐖 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
Sungai Lang- YBrs. En. Mohamad Azrin bin Ramli, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA),Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)mewakili Pihak Pengurusan Tertinggi PSIS telah menyampaikan Sesi Amanat Restu Pasukan Sepak Takraw Kontinjen Selangor Dan W.P Kuala Lumpur bersempena penyertaan MyPolyCC Sports Carnival (MSC) yang akan diadakan di Politeknik Kota Bharu, Kelantan berula 29 Jun sehingga 3 Julai 2025.
Pasukan Sepak Takraw Kontinjen Selangor dan W.P Kuala Lumpur telah bersedia memberi saingan sengit kepada 11 pasukan yang mengambil bahagian. Seramai 15 orang pelajar yang terdiri daripada enam (6) orang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah dan sembilan (9) orang pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hadir mendengar amanat dan kata-kata semangat sebagai tanda sokongan moral daripada YBrs Tuan TPSA sebelum kejohanan yang akan berlangsung di Kota Bharu hujung minggu ini.
Pengurus pasukan sepak takraw bagi edisi ini adalah En. Mohd Zahid bin Bel Mastal, jurulatih pasukan En. Muhammad Asyraf bin Muhammad Yusoff, Jurulatih Luar Taktikal, En.
Mohamad Saiful Ajman bin Mohamed Ariffin dan Fisioterapi, En. Mazlan bin Mohamed.
Selamat berjuang pasukan Sepak Takraw Zon Selangor & W.P Kuala Lumpur. Yakin boleh!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis