MAJLIS PERHIMPUNAN STAF POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH BIL.2/2025
- Details
- Hits: 5

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓
Sungai Lang, 24 Jun 2025 - Majlis Perhimpunan Staf Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Sabak, PSIS.
Majlis diteruskan dengan Slot Integriti yang telah disampaikan oleh Dr. Rosmanizah Derahman, menyentuh kepentingan nilai integriti dalam organisasi dan perkhidmatan awam. Seterusnya, Slot Hari TVET Negara telah disampaikan oleh Dr. Mazura Mansor, yang memberi penekanan kepada peranan penting Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pembangunan institusi sempena Sambutan Hari TVET Negara pada 2 Jun 2025.
Majlis turut menyaksikan beberapa sesi penyampaian anugerah sebagai penghargaan kepada staf yang cemerlang:
•Anugerah Pekerja Contoh Suku 1/2025
•Anugerah Penasihat Akademik Terbaik
•Penyampaian COT Tahun 2024
•Anugerah Lean Management
Majlis turut diserikan lagi dengan sesi kuiz interaktif melalui platform Quizizz bagi topik Integriti dan Sambutan Hari TVET Negara, serta cabutan bertuah. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Politeknik Malaysia dan sesi fotografi.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis