MESYUARAT TEKNIKAL PERTANDINGAN MALPTAAC SIRI 16/2025 PERKUKUH PERSIAPAN AKHIR
- Details
- Hits: 111

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑
Kuala Lumpur, 23 Jun 2025 – Mesyuarat Teknikal Pertandingan Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pasukan Simpanan, Kem Kementah, Kuala Lumpur.
Mesyuarat Teknikal Pertandingan Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pasukan Simpanan, Kem Kementah, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini merupakan salah satu langkah penting dalam memastikan kelancaran dan keseragaman teknikal pertandingan yang bakal berlangsung.
Mesyuarat ini merupakan medan perbincangan terakhir sebelum kem latihan tahunan ketenteraan yang melibatkan warga Politeknik Malaysia dilangsungkan tidak lama lagi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Mejar Mohd Hafiz Raihan bin Md Miskan, SO2 Latih A, Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat (MK TD - BPS), dan turut dihadiri oleh Pn. Nurul Aqmar binti Hassan, selaku Pengarah Program MALPTAAC Siri 16/2025. Turut hadir ialah Jawatankuasa Induk MALPTAAC Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), wakil Sekretariat Askar Wataniah PolyCC Malaysia (SAWP), serta wakil Rejimen Siri 500.
Mesyuarat ini memberi tumpuan utama kepada pemurnian aspek teknikal pelaksanaan pertandingan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang program berlangsung. Antara acara utama yang telah dimuktamadkan dalam sesi ini adalah:
1. Ujian Jalan Laju (UJL)
2. Multi Relay (6 Disiplin)
3. Pertandingan Bola Tampar
4. Pandu Arah
5. Menembak
Setiap acara dirancang rapi dengan mempertimbangkan aspek ketenteraan, fizikal, mental dan kerjasama berpasukan, selaras dengan objektif penganjuran MALPTAAC iaitu untuk membentuk anggota Askar Wataniah yang cekal, berdisiplin dan bersedia mendukung semangat pertahanan negara.
Program MALPTAAC Siri 16/2025 bukan sekadar pertandingan, tetapi medan pembentukan jati diri serta pengukuhan hubungan strategik antara institusi Politeknik Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya melalui penglibatan dalam Rejimen Askar Wataniah.
Penganjuran tahun ini dijangka lebih mantap dengan penyertaan dari seluruh Politeknik Malaysia dan komitmen tinggi daripada semua pihak terlibat.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

