MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT INDUSTRI (IAC) POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
- Details
- Hits: 128

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 (𝐈𝐀𝐂) 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇
Shah Alam, 18 Jun 2025 - Politeknik Sultan Idris (PSIS) Shah hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Industri (IAC) PSIS bertempat di Wisma Rozali, Shah Alam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ (Dr.) Rozali Ismail, Pengerusi Puncak Niaga Holding Berhad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS. Mesyuarat ini menghimpunkan barisan Jawatankuasa Penasihat Industri bersama pihak pengurusan PSIS bagi membincangkan hala tuju program pengajian, peluang penempatan pelajar untuk latihan industri serta pengukuhan kerjasama strategik antara institusi dan pihak industri.
Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi platform penting dalam mendapatkan maklum balas industri terhadap kurikulum di politeknik, kemahiran yang diperlukan di pasaran kerja, dan penambahbaikan berterusan terhadap kualiti graduan PSIS.
PSIS sentiasa komited untuk terus bekerjasama dengan industri dalam melahirkan graduan TVET yang berkualiti, relevan dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan sebenar.
Hadir sama, Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid , Barisan Penasihat Industri, delegasi Puncak Niaga Holdings Berhad,wakil Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ketua-Ketua Jabatan dan urusetia Corporate, Industrial , Services, and Employability Center (CISEC) PSIS.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

