POLYCC DESIGN FESTIVAL 2025
- Details
- Hits: 25

𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐃𝐄𝐒𝐈𝐆𝐍 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓
16 – 19 Jun 2025
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menghantar seramai 3 orang pensyarah pengiring dan 25 orang pelajar daripada Program Diploma Seni Bina untuk menyertai POLYCC Design Festival 2025 yang berlangsung selama 4 hari di POLIMAS, Jitra Kedah. Festival ini menghimpunkan seluruh warga seni bina dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia untuk berkongsi idea, berkolaborasi serta memperkasakan kualiti kerja pelajar melalui pelbagai aktiviti menarik termasuk ceramah dan modul interaktif.
Bertemakan RENTAS’25: Revolusi Mencipta Tanpa Batasan, festival ini mengajak peserta menelusuri sempadan masa, budaya, teknologi dan kreativiti serta melahirkan karya seni bina yang segar, berani dan inovatif.
Tahun ini, pasukan PSIS tampil dengan identiti tersendiri iaitu "KarsaX - Design Beyond Boundaries" , yang membawa maksud “kekuatan daya cipta generasi baharu yang berani merentas batasan dan berinovasi tanpa henti.”.
Selamat berjuang dan semoga berjaya kepada pasukan KarsaX dari PSIS!
Teruskan mencipta tanpa batasan dan mengharumkan nama Politeknik Sultan Idris Shah!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis