PERBARISAN PEMBUKAAN KURSUS ASAS PARAJURIT MUDA SUKARELA (APMS) SIRI 2/2025
- Details
- Hits: 152

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐉𝐔𝐑𝐈𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀 (𝐀𝐏𝐌𝐒) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓
SUNGAI BULOH, 13 Jun 2025 - Perbarisan Pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 2/2025 telah disempurnakan oleh Kolonel Haji Ridzwan Bin Shoib Komander Rejimen 502 Askar Wataniah yang bertempat di Padang Kawad Kem Sungai Buloh. Kursus APMS kali ini disertai oleh anggota-anggota dari dua politeknik iaitu Politeknik Banting Selangor (PBS) yang mewakili Batalion 2 Rejimen 502AW dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang mewakili Batalion 3 Rejimen 502AW serta anggota-anggota dari 21 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Di Raja Askar Wataniah.
Kehadiran Puan Pengarah PSIS, Puan Haslinda Binti Abd Hamid telah membangkitkan semangat juang dan kecekalan seramai 45 orang anggota Askar Wataniah Politeknik Sultan Idris Shah bagi menyahut cabaran mengharungi siri APMS kali ini yang dilaksanakan selama sebulan bermula 9 Jun 2025 sehingga 9 Julai 2025.
Didoakan semoga para anggota Askar Wataniah Politeknik Sultan Idris Shah sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt dan seterusnya berjaya menggalas peranan sebagai seorang perajurit terlatih berpandukan keperluan perkhidmatan tentera.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

