MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM MALPTAAC SIRI 16/2025 & KUNJUNGAN HORMAT POLTEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KE MARKAS REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
- Details
- Hits: 13

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟐 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇
SUNGAI BULOH, 6 Jun 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Program Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp Siri 16/2025 telah berjaya dilaksanakan di Markas Rejimen 502 Askar Wataniah (AW), Sungai Buloh. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Lt Kol Zahirin bin Zainal Abidin, Pegawai Staf Latih 1, Bahagian Pasukan Simpanan (BPS).
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Kol. Hj. Ridzwan bin Shoib, Komander Rejimen 502 AW, yang turut menzahirkan komitmen penuh dalam memastikan kelancaran penganjuran program tahunan ini. Turut hadir Lt.Kol Mukhriz bin Hj. Kamarudin, Timbalan Komander Rej 502 AW, Mej. Mohamad Hafiz Raihan bin Md Miskan, Pegawai Staf Latih 2 A(BPS), Dr. Zanatul Shima binti Aminudin,Bahagian Kurikulum,Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti(BK,JPPKK), Cik Masniza binti Mansor(BK,JPPKK), Pn. Haslinda binti Abd Hamid, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS), Lt. Kol. Norizam bin Sekak,Pengarah Politeknik Merlimau(PMM), En. Khazaren bin Kusaini,Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,Politeknik Banting(PBS),wakil Sekretriat Askar Wataniah Politeknik (SAWP),JK Tertinggi Pelaksana PSIS dan wakil bahagian Rej 502 AW.
Mesyuarat ini melibatkan kerjasama erat antara pihak PSIS, PBS dan Rejimen 502 AW, bertujuan membincangkan pelaksanaan dan penyelarasan aspek logistik, latihan, keselamatan serta penglibatan pelajar dalam kem tahunan yang bakal menghimpunkan warga politeknik dari seluruh negara. Turut diadakan sempena lawatan ini ialah sesi kunjung hormat oleh delegasi Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) kepada Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, Kol. Hj. Ridzwan bin Shoib, serta Timbalan Komander, Lt. Kol Mukhriz bin Hj. Kamarudin.
Kunjung hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi dan Rejimen 502 Askar Wataniah, khususnya dalam mempererat kerjasama dua hala yang menyokong pembangunan sahsiah, disiplin dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar politeknik melalui penyertaan dalam pasukan Askar Wataniah.
Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana mesra dan penuh komitmen, dengan tumpuan utama kepada kelancaran pelaksanaan Annual Camp Siri 16/2025 yang bakal memberi impak besar dalam membentuk jati diri, kepimpinan dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar politeknik. Politeknik Sultan Idris Shah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan yang diberikan oleh pihak Rejimen 502 AW serta sokongan padu dalam menjayakan program yang berimpak tinggi ini. Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan dan diperkasa pada masa hadapan demi pembangunan modal insan negara.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis