𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐂𝐂 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐5 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
Putrajaya, 4 Jun 2025 – Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Puan Haslinda Abd Hamid bersama Pengarah Program Malaysian Polytechnic Territorial Annual Camp (MaLPTAAC) Siri 16/2025, Puan Nurul Aqmar Hassan telah hadir ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi membentangkan perancangan dan pelaksanaan program MaLPTAAC Siri 16/2025 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Julai hingga 24 Julai 2025 di PSIS.
Pembentangan tersebut turut memberi penekanan kepada objektif program, penglibatan pelajar dari 18 politeknik Malaysia, kewangan, lokasi program dan atur cara majlis serta komponen-komponen utama yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tempoh program. Pembentangan telah disampaikan oleh Puan Pengarah PSIS.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis