SESI KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA JAWATANKUASA PELAKSANA MALPTAAC SIRI 16/2025 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KE PEJABAT PEGAWAI DAERAH SABAK BERNAM
- Details
- Hits: 27

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌
SABAK BERNAM, 3 Jun 2025 – Jawatankuasa Pelaksana Program Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Sabak Bernam di Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam(PDTSB) bagi memaklumkan hasrat pelaksanaan program tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 24 Julai 2025. Delegasi PSIS diketuai oleh Hj. Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik bersama beberapa wakil Jawatankuasa Pelaksana MALPTAAC Siri 16/2025 PSIS. Kunjungan ini telah disambut oleh Tuan Ali Sadikin bin Sadin, Pegawai Daerah Sabak Bernam, bersama beberapa pegawai kanan daerah.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memaklumkan secara rasmi kepada pihak pentadbiran daerah mengenai pelaksanaan MALPTAAC Siri 16/2025 di kawasan Sabak Bernam serta membina jaringan kerjasama strategik antara institusi politeknik dan pihak berkuasa tempatan. Selain itu, turut membincangkan aspek logistik, keselamatan, penyelarasan antara agensi serta penglibatan komuniti setempat dalam menjayakan program. MALPTAAC merupakan program tahunan yang menghimpunkan pelatih Askar Wataniah dari seluruh politeknik di Malaysia dalam satu latihan medan berskala besar. Siri ke-16 bagi tahun 2025 dirancang untuk memberi tumpuan kepada pembangunan sahsiah, ketahanan fizikal dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar melalui latihan ketenteraan yang tersusun.
Menurut Tuan Ali Sadikin bin Sadin, pihak Pejabat Daerah menyambut baik cadangan ini dan bersedia memberikan panduan serta bantuan yang diperlukan agar program tersebut berjalan lancar dan memberi impak positif kepada masyarakat tempatan.
Program ini juga diharapkan mampu mengangkat nama daerah Sabak Bernam sebagai tuan rumah kepada acara kebangsaan yang melibatkan penyertaan pelajar dari seluruh negeri. Pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan mesra dan sokongan yang diberikan, serta komited untuk memastikan segala urusan penyelarasan dan pelaksanaan program dilakukan secara teratur dan profesional.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis