TINJAUAN BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN KE POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH BAGI PELAKSANAAN PROGRAM MALPTAAC SIRI 16/2025
- Details
- Hits: 94

𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓
SABAK BERNAM, 20 Mei 2025 - Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat (MK TD - BPS) telah mengadakan satu sesi tinjauan ke Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sebagai langkah persediaan awal bagi Program Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025. Delegasi dari MK TD - BPS diketuai oleh Lt Kol Zahirin bin Zainol Abidin,Pegawai Staf 1 Latih dan Mej Mohd Mua'zzam bin Ramli, Pegawai Staf 2 Latih B disambut mesra oleh Jawatan Kuasa Induk MALPTAAC PSIS.
Tinjauan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Pengarah Program MALPTAAC Siri 16/2025, Puan Nurul Aqmar binti Hassan mengenai kemudahan yang terdapat di PSIS termasuk dewan serbaguna, kemudahan penginapan, kafeteria serta kawasan sekitar kampus yang akan digunakan sepanjang program berlangsung. Delegasi kemudiannya dibawa ke kawasan sekitar PSIS untuk meninjau kawasan yang telah dicadangkan dalam menyokong program berskala besar ini.
Seterusnya aktiviti lawatan diteruskan ke Rumah Rehat Sabak Bernam yang merupakan salah satu cadangan tapak bagi latihan aktiviti medan untuk menilai kesesuaian lokasi yang dicadangkan. Turut serta bersama wakil Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB) , Encik Abdul Rahman bin Abdul Rahim dan Encik Faridzul Adzli bin Mad Adim, Penolong Pegawai Tadbir, Bhg Khidmat Pengurusan (PDTSB).
Tinjauan awal lokasi termasuk menilai dari aspek struktur fizikal, ruang latihan, keselamatan, aksesibiliti dan gangguan kepada persekitaran sekitar. Penilaian awal lokasi ini mempunyai potensi tinggi sebagai kawasan simulasi sebenar bagi latihan yang dirancang kelak.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

