𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐑𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐌𝐏 (𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓
BANTING, 9 Mei 2025 - Sebagai persiapan awal bagi penganjuran Program Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC)Siri 16/2025, satu Mesyuarat Penyelaras dan Tinjauan Tapak Latihan Menembak telah diadakan di Politeknik Banting dan Lapang Sasar, Bukit Jugra bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang sesi latihan menembak yang dijadualkan berlangsung semasa kem tersebut.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik Banting(PBS), Ts. Ibrahim bin Burhan dan turut hadir Puan Haslinda Binti Abd Hamid, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS), Mej Mohd Hafiz Raihan bin Md Miskin Pegawai Staf 2 Latih (A) Bahagian Pasukan Simpanan(BPS), wakil pegawai Sekretariat Askar Wataniah Politeknik(SAWP), jawatankuasa pelaksana PSIS, jawatankuasa pelaksana PBS, pegawai-pegawai tentera dari Rejimen Askar Wataniah 509 dan 502 serta pihak pengurusan tapak menembak.
Program MALPTAAC Siri 16/2025 dijangka menghimpunkan pelatih Askar Wataniah dari seluruh politeknik di Malaysia dalam satu latihan tahunan yang menguji ketahanan fizikal, kemahiran ketenteraan asas serta semangat kerjasama dan disiplin. Latihan menembak merupakan salah satu modul utama dalam program ini, justeru perancangan awal amat penting bagi menjamin kejayaan penganjuran.
Sesi lawatan tapak telah diadakan di kawasan latihan menembak bagi membuat penilaian lebih terperinci terhadap kesesuaian dan keperluan pembaikan jika perlu. Tinjauan ini juga penting bagi mengenal pasti lokasi penempatan petugas keselamatan, laluan keluar masuk kecemasan, serta tempat rehat dan teduhan bagi peserta latihan. Beberapa perkara penting telah dibincangkan seperti penjadualan sesi latihan menembak, aspek keselamatan peserta dan pegawai yang terlibat, penyediaan logistik dan peralatan menembak, pengurusan kawasan latihan termasuk kawalan keselamatan perimeter dan penilaian awal terhadap kemudahan sedia ada di lokasi latihan.
Dengan pelaksanaan mesyuarat dan tinjauan ini, pihak urus setia yakin bahawa latihan menembak semasa MALPTAAC Siri 16/2025 akan dapat dijalankan dalam keadaan teratur, selamat dan mencapai objektif latihan yang telah ditetapkan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis